Thursday, December 18, 2008
setan ke-6 berkumandang
Monday, December 15, 2008
Ouh! Yuna!
Yuna seorang folks / accoustic singer dan song writer yang menetap di Kuala Lumpur(dan juga orang pantai timur). Beliau telah menceburi dunia local independent sejak dari tahun 2007.
Mempunyai suara seperti Norah Jones dan music lebih kepada accoustic.
for me, yuna ade package yg cukup sebagai accoustic singer. Tak ramai artis yang berani buat lagu macam beliau. hanya base on accoustic instrument sahaja. first time tau pasal yuna waktu tgh search video oh chentaku. Ternampak seorang gadis (yuna) nyanyi lagu polaroid versi piano. mmg cool. and then, side bar ade tulis info die tulis “a bedroom cover of Oh Chentaku’s Polaroid on piano by singer songwriter Yunalis.”
tanpa buang masa,tros explore dalam myspace. rupanya2 cover song tu bukan dari orang biasa2, but she is an artists. layan gak lagu2 Yuna. kalau sape2 suka lagu macam Norah Jones, Coldplay, Rachael Yamagata, rasanya anda patut dengar lagu dari Yuna.and watchout guys…yuna telah mengeluarkan Ep nya pada bulan October . mari kita sama2 membeli Ep dari pada beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yuna, anda boleh melayari official web Yuna di Myspace :
http://www.myspace.com/yunaroomrecords
Sunday, December 14, 2008
kawan
mereka yang kami gelar KAWAN:
ieqa
eyi
amerr
aiman
fiera
amal
one
min
faris
ejowt
pdot
farah
ejan
sushi
daya
sym
wan
natasya alliya
udn
markiffira
oye
azzam
tasha
dany
syahmi
syafiq affendy
k-rul
nixam
anyss
n.q.b
haziq
lady eclair
lyyin
ejat
ched
amir
iena
aimi
amirah
karl-erl
amirul
fizin
khai
danish
adreen
zati
afefix
uncle apple
[klo xde,btaw kami!]
Thursday, December 4, 2008
Ouh! Our Local Scene!
review music by:Amal(i'm not setan k?)
local band seperti yang sedia maklum bermaksud band tempatan dan dengan kata lain, band2 yang lahir di Malaysia dan memperjuangkan music tanah air kita. underground band? merupakan band2 yang bergerak secara bawah tanah…banyak menyertai gigs dan kurang expose dari media. mereka kebanyakan merupakan pemain dan pencipta lagu yang mereka mainkan. banyak band2 underground ni compose lagu sendiri dan serta segala benda yang berkaitan dengan proses promosi dll. jika music mainstream, mereka semuanya telah disediakan oleh syarikat produksi. dari ciptaan lagu hinggalah ke promosi.
baru-baru ini, industri underground/indie band negara kita sedang mengalami evolusi secara perlahan-lahan. ramai yang melihat evolusi ini merupakan suatu peluang kepada industri music tempatan untuk terus melebarkan sayap nye ke negara-negara jiran seperti di singapore dan indonesia yang sememang nya mempunyai banyak jentera-jentera band yang bagus. bukan untuk memuji mereka, tetapi inilah kenyataan. jika band indonesia memasuki pasaran malaysia, album mereka laku. tak perlu promosi secara besar-besaran…cuma mainkan di radio dan sedikit iklan di tv, album mereka laris di jual.
disebabkan ini lah jentera-jentera band tempatan kita harus bergabung untuk menghasilkan suatu produk yang bagus. tidak kira lah samada ianya underground ataupun mainstream. kami sebagai rakyat Malaysia harus menyokong 100% hasil kerja band tempatan. sebelum ini, aliran music underground mendapat kekangan daripada pihak kerajaan kerana ada sebuah band yang mencetuskan kontroversi. disebabkan satu band tersebut, jangan lah kita memandang serong terhadap band-band underground yang lain.
sekarang ni terlalu banyak band-band indie yang bercambah macam cendawan. seperti yang kita sedia maklum, band-band underground yang telah lama bertapak di Malaysia ni seperti A.C.A.B., O@G, Shizuka, Butterfingger, Couple, Cromok dan lain-lain. walaupun mereka dikatakan otai, tetapi mereka masih lagi bergiat dalam music walaupun jentera mereka saling bertukar ganti. mereka memang harus diberikan pujian kerana mereka lah yang menaikkan music underground pada lewat 80-an hingga awal 90-an. perjuangan mereka diteruskan lagi oleh generasi band baru seperti Bittersweet, Hujan, Komplot, SPG, GSM, Tabloid dan macam-macam lagi band yang mmg sememangnya bagus-bagus. Salute sama diorang sebab berjaya menaikkan nama underground.
penulis memang yakin suatu hari nanti band-band tanah air kita dapat berlawan dengan band-band luar negara. bukan berlawan untuk bertumbuk, tetapi berlawan kepopularitian dan kehebatan bermain music. all the best!! wasalam…oh ya..disini penulis mahu pembaca blog smua menyedekahkan al-fatihah kpd arwah datuk penulis(amal) al-fatihah.moga rohnya dicucuri rahmat...amin..
bila setan ke 5 membebel~
ari2 cf..smpaikan sekian lame nyer mespes pk itu terbiar..adoi..da ta havoc cm dlu..cmner yerk..?ape nak wat?aku manage blog,setan 1 manage mespes..ahhahaha..sng kije~
ha!ckp psl setan 1,terigt partner dye..ha..partner dye setan 2..ya Allah,ampuni dose2 hamba mu yg hina itu dan ini..setan 2 da meninggalkan kite..pergi ke tempat yang jauh..jauh dari sini..mari kita sedekah kan doa setan 2 agar tak masuk ke nerake tapi smpai ke hong kong,destinasi dye~siot!!g hong kong tak ajak aku,bebudak pk tambahan lagi bini dye tuh!uh!adoi~ape la~
kami akan buat satu competition pasal psgn2 pk..tunggu kami~
-yg shumel[perasan lbeyh],
setan 5[click tuk tgok mespes]
Tuesday, December 2, 2008
lihat ini!!
design baju purnama kronika by one..
[xleyh nk letak coz masalah dlm save jd kami letak link,agak lame nk loading,mcm tuwh gak kami mse awl2 nk tgok design one ni]
design baju 1
design baju 2
design baju 3
design baju 4
introduce 6 setan
ieqa
nme dye ieqa ataw nur haziqah..simple person but can be agak cerewet..banner aku byk dye da rejek mse awl2 bukak pk..adoi~but she nice gurl..ske gelak,shumel dan ramah tp leyh jadi seorg yg ske memilih..dye memilih yg terbaek dan yg leyh jdikan idop dye +ve always~leader pertama pk dan org 1 kat 6 setan..
amerr
nme dye amerr ataw muhd amiruddin..seorg yg pemalas tp rajin mengadap pc dan berjaga lewat malam..simple person even dye loaded..opsy~seorg yg tak dijangke tindakan nye..amat minat pade seni photography..naib leader pk kerna dianggap penting dan disukai ramai~berpengetahuan tentang adobe..ta ensem tapi sweet..orang ke dua dlm 6 setan..
fiera
name dye fiera ataw elfira..she very pretty..i like her..seorang yang xleyh dijangke gak..very friendly n amat sygkn pk..kami pown syg dye~wiii~baek dan bekerja dlm section dance pk..seorang yang aktif dalam page pk..suke bergambar..gila-gilaan~dy yg bagi idea buat blog ini..salah seorang 6 setan dan dye setan ke 3..
amal
makhluk ni amal ataw muhd amaluddin[slh eje?]..amat minat gig dan musik terutama indie!idop dye hnya utk indie..local punyer la..adoi!dye bekerja sebagaisection musik dlm pk..seorang yg diketakn shumel[menurut sorg gurl ni]..tp bg kami dye nih agak degil sebab mse mle2 masuk pk,dye degil xmo letak tnde pk kt display name dye..cm nk sipak je..ahaha~setan ke 4..
eyi
name setan ni eyi ataw nur'izzati..dye ni gegile,shengal n xmtg..gler blogging n mespes..addicted kat vanilla coke..seorang yg kuat menyindir dan ske wat org marah..ahaha..dye degil dan nakal..giler bergambar..jahat dan ske memilih,ske senyum dan ske wat jahat tp bukan pd mmber sendri..leader pk n setan ke 5..
one
name dye one ataw syazwan..pade mule nyer kami agak baran ngn dye tapi lama kelamaan hati kami jadi ske sebab dye ni beria..ske merepek..obses terhadap mengdesign baju..kreatip..tp kureng dalam menggunakan komputer..tapi xmenghalang dye dlm minat dye..bekerja sebagai designer pk dan setan ke 6..
oh kami ari ni!
semalam kami diserang oleh 2 makhluk berlagak cm sial..ahaha..laki dan pompwan..klo ta memerlukan support kami,tell us nicely,ta pyh nk kutuk2!kami bukan rempit ataw pown cm pantat ayam ataw len2..kami mmg ta hawt,xse vouge anda tp kami pown terdiri drpd golongan manusia..kami ta kire darjat..darjat tu tak dibawak pown keakhirat..dan kami xmemerlukan ahli yg berlagak..klo anda merasekan kami xder style,jgn add kami..haha..rase sungguh lege coz ahli2 kami masih menyayangi kami..terima kasih anda semua!!kami dlm perancangan ingin membuat pelbagai yg menyerunukkan dlm komuniti kami!tunggu sahaja~
cmner idea blog ini tercetus?ahahaha..idea giler drpd fiera martopos?bukan!tp dari elfira si santek dari section dance kami!ahaha..terima kasih ituh!lantas kami buat la blog ini..bukan susah pown..dan untuk menyenangkan kami..kami melantik 6 orang,seperti yg anda buleyh tgok kt bawah skali blog ini,bukan post ini..dan kami memanggilnya 6 setan..mereka 6 org yg penting didalam komuniti kami..sebarang info,review,function,flyer,photo dan ape2 ja akn di publishkan disini!sekian~
-incik mabuk kete yg kijam-
Monday, December 1, 2008
Ouh! Selamat Pagi Gadis
by Amal(kredit to kosmo)www.myspace.com/amalcr07
BAND yang wujud selepas para anggotanya berkenalan menerusi internet.
BIARPUN masih baru, SPG digerakkan oleh individu-individu yang sudah lama bereksperimen dengan muzik.Mereka bukanlah sahabat sejak kecil, membesar di kawasan sama jauh sekali. Namun di atas rasa cinta terhadap sesuatu yang dipanggil muzik, ‘jodoh’ mereka dipertemukan di atas ‘kanvas putih’ yang dipanggil internet.
Dianggotai oleh lima penuntut beberapa universiti tempatan dan luar negara, Nurul Tatyana Abd Aziz (vokalis), Mohd. Nabil Fikri Hamzah (gitar utama), Mohd. Shafiq Mohd Helmi (gitar kedua), Muhammad Azizi Che Sulaiman (drum) dan Syed Ali Rabbani Syed Bakhtiar (bass), mereka sendiri tidak menyangka Selamat Pagi Gadis (SPG) berjaya ‘dilahirkan’ ke dunia realiti.
“Di antara kami, ada yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. Namun selepas meluahkan pendapat dan berkongsi cerita yang sama berkaitan muzik menerusi internet pada awal tahun ini, kami dapat merasakan SPG adalah sesuatu yang istimewa,” ujar Nabil.
Jelas Nabil, keserasian yang terbentuk sebagai sebuah kugiran bukanlah terbentuk daripada hasil latihan bersama pada setiap hujung minggu selama bertahun-tahun lamanya, sebaliknya bergantung kepada keserasian dalam sesuatu band itu.
Malah paling menarik katanya, kesemua lagu yang dicipta mereka juga hanya diolah dan dibincangkan secara maya di internet sebelum mengambil keputusan untuk jamming bersama-sama buat pertama kali di sebuah studio di Kuala Lumpur.
Hasilnya, beritahu Nabil lagi, memang satu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Kami bagaikan sudah lama bermain muzik sebagai satu band. Masing-masing bijak mengisi ruang kosong dan saling melengkapi antara satu sama lain meskipun baru pertama kali berlatih.
“Justeru, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan ‘formula’ kami bersama-sama sejak itu, kerana ia sesuatu yang tidak akan kami diperolehi di dalam mana-mana buku teks sendirian,” katanya penuh makna.
Kenapa Selamat Pagi Gadis?
Menyedari perlu mempunyai ‘jenama’ sebelum melangkah lebih jauh, masing-masing mula menyiapkan ‘kerja sekolah’ mereka yang pertama iaitu memikirkan nama yang sesuai bagi band mereka.
Antara nama yang difikirkan termasuklah Kinetik Hati dan Rocket, sebelum kesemua mereka bersetuju mengabadikan band mereka dengan nama Selamat Pagi Gadis.
Menurut Nabil, nama itu difikirkan unik, selain mempunyai cerita mereka sendiri berhubung pemilihan ‘jenama’ itu.
“Ia diberikan oleh Tatyana. Terima kasih kepadanya kerana menamatkan penderitaan kami daripada mengambil masa yang panjang memikirkan nama yang sesuai,” ujar Nabil spontan.
Tutur Nabil, Tatyana sebelum ini sering diusik dan digelar ‘Gadis Pagi’ oleh mereka gara-gara dia sering mencari ilham serta berada di laman sembang di internet seawal pagi semasa di awal usia perkenalan mereka.
“Selain mudah diingati, ia juga sebagai lambang salam perkenalan kami buat semua peminat muzik tempatan,” ujarnya.
Meskipun kedengaran mustahil untuk mereka sentiasa berjumpa sesama sendiri lantaran perbezaan jarak serta komitmen terhadap pengajian, tambahan pula Nabil dan Syed Ali kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Glasgow, Scotland manakala yang lain masih bergelar mahasiswa di universiti tempatan, ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mustahil buat Nabil dan rakan-rakan SPG yang lain.
“Yang penting, jiwa kami ada bersama SPG. Saya optimis betapa SPG yang baru ‘bertatih’ di dalam dunia muzik tanah air ini mampu berjalan lebih jauh,” katanya.
Jelas Nabil, SPG bakal dibantu oleh beberapa rakan akrab iaitu Fikri (bass) dan Afiq (keyboard/gitar) sepanjang ketiadaan mereka berdua ke Scotland dalam tempoh lapan bulan selepas ini bagi menamatkan semester pengajian.
“Sepanjang tempoh itu, saya juga akan mencari ruang dan peluang untuk kami beraksi secara live di dalam dan luar negara,” katanya.
Mereka bagaimanapun dijangka akan kembali aktif dengan pelancaran mini album (EP) mereka yang pertama berjudul Kinetik Hati yang bakal diedarkan di pusat bisnes berdaftar seluruh negara untuk dijual pada harga yang berpatutan tidak lama lagi.
Katanya, segala kos perbelanjaan untuk rakaman EP tersebut datang dari poket SPG sendiri, selain susunan lagu yang turut dicipta sepenuhnya oleh Nabil dan Mohd. Syafiq Helmi selaku anggota SPG sendiri.
Ia memuatkan tiga lagu SPG sebagai mukadimah yang berjudul Bicara, Waktu Indah Dahulu dan Panahan Elektro.
“Mungkin, ia kedengaran kurang gah apabila dinilai daripada segi kuantiti, namun bagi kami kualiti adalah aspek paling utama untuk diambil kira.
“Proses penyiapan lagu,susunan struktur dan lirik-lirik juga diperkemaskan satu persatu sehingga kami mereka benar-benar yakin mampu memenuhi selera khalayak.
“Kami harap, salah satu daripada lagu tersebut terutamanya Waktu Indah Dahulu berjaya menggamit perhatian mereka yang menyokong perjuangan kami,” ucapnya.
Band ‘cendawan’ yang tumbuh
selepas Hujan?
Ketika diajukan soalan adakah SPG satu lagi band ‘cendawan’ yang tumbuh selepas band Hujan diterima masyarakat secara universal, Nabil hanya tertawa.
“Tidaklah, kami bukan cendawan. Tapi, sedap juga jika ada band yang menggunakan nama cendawan,” seloroh Nabil.
Tambahnya, masih banyak band-band tempatan yang berkualiti seperti SweeT CaLeNDaR, Flossy, O-Two, The Otherside Orchestra, Vials, Pushpapura, Komplot, Mohd. Jayzuan, Free Love, Lisa’s Diary serta banyak lagi, namun nama mereka masih terlalu asing serta terpinggir di bumi sendiri.
Kesemua band-band itu, kata Nabil, boleh ‘diterokai’ menerusi laman web Myspace.
“Saya bersyukur kerana kehadiran band-band seperti Hujan, Bittersweet, Meet Uncle Hussein dan banyak lagi berjaya membuka mata ramai pihak.
“Namun, tidak adil untuk menutup terus peluang band-band baru ini dan beranggapan bahawa kami hanya bermula dan beriya-iya menubuhkan band selepas ia menjadi satu fenomena luar biasa kepada peminat muzik Malaysia.
“Percayalah, ramai lagi anak Malaysia yang berbakat. Kami semua hanya menterjemahkan sesuatu ilham, dan mereka di luar sanalah yang menjadikannya indah untuk dikenang sampai bila-bila,” katanya.
Malah percaya atau tidak, meskipun dianggap ‘hingusan’ dan mungkin langsung tidak dikenali oleh peminat muzik tanah air, SPG sebenarnya telah mempunyai ribuan peminatnya tersendiri yang tetap setia mengikuti perkembangan mereka menerusi laman web Myspace tersebut.
“Tolong jangan panggil mereka peminat. Mereka bukan peminat, namun sebaliknya mereka adalah sahabat kami yang akan sentiasa bersama kami tidak kira di dalam apa jua situasi,” kata Nabil membetulkan penulis.
Jelas Nabil, meskipun SPG agak ‘hijau’ dan belum dikenali secara universal, hakikatnya mereka ialah individu-individu yang sudah lama bereksperimen dengan muzik bersama kugiran yang berbeza-beza sejak penghujung 1990-an lagi.
“Jauh di sudut hati kami, kami harap kehadiran SPG dapat membawa sesuatu yang berbeza serta relevan untuk diterima sebagai satu idea baru di dalam industri muzik negara kita,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil juga agak keberatan untuk mengulas soalan mengenai mengapa band underground dilihat sukar memberikan kerjasama dalam mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar terutamanya arus perdana.
“Tidak adil untuk saya menjawab soalan ini untuk mewakili band-band lain, kerana masing-masing mungkin mempunyai alasan yang berbeza.
“Namun bagi SPG, populariti bukanlah agenda utama. Jika lagu kami mampu mencuri perhatian meskipun cuma seketika, itu sudah lebih daripada cukup sebenarnya dan saya percaya band-band lain juga sebegitu.
“Malah, kami juga bersetuju ditemu bual kamu kerana mengetahui kamu ikhlas membantu kami supaya muzik kami dihayati dan dihargai oleh mereka yang masih belum mengenali siapa itu SPG,” tegasnya.
Ditanya apa yang akan terjadi kepada SPG dalam tempoh lima tahun akan datang, lama Nabil terdiam. Katanya, segalanya terlalu sukar untuk diramal kerana masing-masing mempunyai keutamaan karier yang berbeza, namun apa yang pasti SPG akan terus berkarya kerana muzik adalah ‘teman hidup’ mereka buat selama-lamanya.
Selain bercita-cita memperluaskan empayar muzik mereka ke beberapa negara jiran, mereka juga mahu kehadiran mereka dan band-band lain bukan sekadar memeriahkan industri muzik tanah air, namun pada masa sama menjadi satu petanda kebangkitan bahawa Malaysia juga tidak ketandusan band yang berbakat.
“Sekurang-kurangnya, ada yang akan berkata, ‘Oh, inilah band dari Malaysia! Tabik!’” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Sebarang maklumat lanjut mengenai SPG bolehlah berhubung terus dengan mereka di http://www.myspace.com/selamatpagigadis dan http://amp.channelv.com/selamat pagi gadis atau e-mel selamatpagigadis@gmail.com.