Thursday, December 4, 2008

Ouh! Our Local Scene!

Photobucket

review music by:Amal(i'm not setan k?)

local band seperti yang sedia maklum bermaksud band tempatan dan dengan kata lain, band2 yang lahir di Malaysia dan memperjuangkan music tanah air kita. underground band? merupakan band2 yang bergerak secara bawah tanah…banyak menyertai gigs dan kurang expose dari media. mereka kebanyakan merupakan pemain dan pencipta lagu yang mereka mainkan. banyak band2 underground ni compose lagu sendiri dan serta segala benda yang berkaitan dengan proses promosi dll. jika music mainstream, mereka semuanya telah disediakan oleh syarikat produksi. dari ciptaan lagu hinggalah ke promosi.

Photobucket

baru-baru ini, industri underground/indie band negara kita sedang mengalami evolusi secara perlahan-lahan. ramai yang melihat evolusi ini merupakan suatu peluang kepada industri music tempatan untuk terus melebarkan sayap nye ke negara-negara jiran seperti di singapore dan indonesia yang sememang nya mempunyai banyak jentera-jentera band yang bagus. bukan untuk memuji mereka, tetapi inilah kenyataan. jika band indonesia memasuki pasaran malaysia, album mereka laku. tak perlu promosi secara besar-besaran…cuma mainkan di radio dan sedikit iklan di tv, album mereka laris di jual.

Photobucket

disebabkan ini lah jentera-jentera band tempatan kita harus bergabung untuk menghasilkan suatu produk yang bagus. tidak kira lah samada ianya underground ataupun mainstream. kami sebagai rakyat Malaysia harus menyokong 100% hasil kerja band tempatan. sebelum ini, aliran music underground mendapat kekangan daripada pihak kerajaan kerana ada sebuah band yang mencetuskan kontroversi. disebabkan satu band tersebut, jangan lah kita memandang serong terhadap band-band underground yang lain.

Photobucket

sekarang ni terlalu banyak band-band indie yang bercambah macam cendawan. seperti yang kita sedia maklum, band-band underground yang telah lama bertapak di Malaysia ni seperti A.C.A.B., O@G, Shizuka, Butterfingger, Couple, Cromok dan lain-lain. walaupun mereka dikatakan otai, tetapi mereka masih lagi bergiat dalam music walaupun jentera mereka saling bertukar ganti. mereka memang harus diberikan pujian kerana mereka lah yang menaikkan music underground pada lewat 80-an hingga awal 90-an. perjuangan mereka diteruskan lagi oleh generasi band baru seperti Bittersweet, Hujan, Komplot, SPG, GSM, Tabloid dan macam-macam lagi band yang mmg sememangnya bagus-bagus. Salute sama diorang sebab berjaya menaikkan nama underground.

Photobucket

penulis memang yakin suatu hari nanti band-band tanah air kita dapat berlawan dengan band-band luar negara. bukan berlawan untuk bertumbuk, tetapi berlawan kepopularitian dan kehebatan bermain music. all the best!! wasalam…oh ya..disini penulis mahu pembaca blog smua menyedekahkan al-fatihah kpd arwah datuk penulis(amal) al-fatihah.moga rohnya dicucuri rahmat...amin..


No comments: